Syarikat Yoo Jae-suk telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap akaun penyamaran.
Pada 29 Januari, agensi Yoo Jae-suk iaitu Antenna telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai akaun sosial media yang cuba mengaut keuntungan kewangan dengan menyamar menjadi ahli “Running Man” itu.
Kata mereka di dalam kenyataan tersebut,
Baru-baru ini kami telah mengenal pasti beberapa akaun sosial media yang menyamar jadi Yoo Jae-suk demi untuk mengaut keuntungan.
Tambah mereka,
Di sini kami ingin mengumumkan bahawa Yoo Jae-suk tidak memiliki sebarang sosial media peribadi. Jadi, kami berharap agar peminat segera melaporkan kepada kami dengan menggunakan e-mail jika ada menjumpai mana-mana akaun penyamaran.
Sambung mereka,
Kami akan mengambil tindakan tegas demi untuk melindungi hak artis-artis kami.
Tak baik tau guna nama orang lain untuk kaut keuntungan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.