Sebenarnya hampir kesemua selebriti Korea melakukan prosedur kecantikan pada wajah, tak kisah lelaki mahupun perempuan.
Terbaru, Yoo Jae-suk sendiri mengakui mengenai hal itu ketika tayangan “How Do You Play”. Soal Joo Woo-jae pada awalnya,
Adakah kamu juga melakukan proses rawatan kulit?
Jawab hos itu,
Saya menghilangkan beberapa bintik di sini.
Malah Haha juga menyelit dan menyatakan yang dia perasan mengenai hal itu apabila melihat Yoo Jae-suk memakai pelekat di bahagian muka semasa rakaman “Running Man”. Katanya, dia juga dalam perancangan untuk melakukan prosedur yang sama.
Kenalah jaga wajah kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.