Ikuti Kami:

“Ada Banyak Chat Group Tanpa Beberapa Ahli..” – Haha Dedah Ahli ‘Running Man’ Tak Sebulu?

“Ada Banyak Chat Group Tanpa Beberapa Ahli..” – Haha Dedah Ahli ‘Running Man’ Tak Sebulu?

Biasalah bila satu kumpulan itu terdiri daripada beberapa ahli, sudah semestinya akan ada pelbagai ‘kepala’ yang perlu dilayan.

Dalam episod terbaru “Radio Star”, Haha, Kim Sae-rom, Kim Jye-sun dan Jo Jung-sik telah hadir sebagai temamu dan membangkitkan suasana yang menyeronokkan.

Ketika berbual, Yoo Se-yoon mengungkap,

Haha selalu membuat ruang sembang (KakaoTalk) untuk segala hal.

Jawabnya,

Itu adalah cara saya. Agak membingungkan, misalnya saya membuat ruang sembang bersama dengan hos ‘Radio Star’ dan jika ada percakapan yang mungkin menyentuh hatit Jang Do-yeon, saya akan mengeluarkannya dan membuat kumpulan sembang baru tanpanya. Satu kumpulan mungkin akan mempunyai beberapa ruang sembang berbeza.

haha running man

Tambah ahli “Running Man” itu lagi,

Malah ada ruang sembang tanpa Yoo Jae-suk. Ini bukan untuk menyingkirkan seseorang, tetapi saya risau mungkin akan melakukan kesilapan. Saya melakukannya dengan hati-hati.

Ketika ditanya jika dia merasa kecewa jika ada ruang tanpa dia, HaHa berkata,

Saya mengerti karena saya juga pernah merasakannya. Suatu hari saya menghubungi Yang Se-chan dan dari belakang, saya boleh mendengar tawa Jeon So-min dan staf produksi ‘Running Man’. Sepertinya mereka sedang berparti bersama. Saya langsung menghubungi Yoo Jae-suk selepas itu dan dia berkata, ‘Ya, saya tahu.’ Hanya saya yang tidak dipelawa menyertai suasana itu. Saya benar-benar kecewa.

Agak-agak berapa group “Running Man” ada?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...