Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk Akan Jadi Pengacara Di Majlis Perkahwinan Lee Seunggi & Lee Dain April Ini

Yoo Jaesuk Akan Jadi Pengacara Di Majlis Perkahwinan Lee Seunggi & Lee Dain April Ini

Tidak lama lagi, pasangan Lee Seung-gi dan Lee Da-in bakal menamatkan zaman bujang mereka.

Bagi yang belum tahu, pada bulan lalu, Lee Seung-gi telah mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan hatinya Lee Da-in pada 7 April ini.

Terbaru, agensi telah mengesahkan bahawa Yoo Jae-suk akan menjadi pengacara di majlis perkahwinan pasangan itu yang akan datang.

Untuk pengetahuan, Lee Seung-gi dan Yoo Jae-suk pernah sama-sama tampil dalam program Netflix “Busted” sebelum ini.

lee juk lee seunggi

Selain itu, penyanyi Lee Juk akan turut mempersembahkan lagu hitnya “Its’s Fortunate” sebagai ucapan tahniah, di majlis perkahwinan pelakon lelaki itu nanti.

Sama-sama kita nantikan kemeriahannya pada 7 April tak lama lagi!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...