Pastinya sedih apabila drama kegemaran kita menamatkan siaran kan?
Terbaru, “Bora! Deborah” sudah pun melabuhkan tirainya di episod ke-14 namun tidak dapat meraih rating yang baik hingga ke akhirnya. Menurut Nielsen Korea, drama ENA ini hanya mampu meraih catatan lebih kurang sama dengan episod sebelumnya iaitu 0.9% sahaja.
Dalam episod terakhir ini, Yeon Bo-ra (Yoo In-na) dan Lee Soo-hyuk (Yeon Hyun-min) mengakui perasaan cinta antara mereka selain adik wanita itu iaitu Kim Ye-ji berkahwin dengan Yang Jin-ho akhirnya dan menimang sepasang kembar.
Rata-rata penonton meluahkan perasaan kesal dengan plot “Bora! Deborah” kerana teraju utama kerap menarik tali hingga ke penghujung siri tanpa perkembangan hubungan romantik yang signifikan. Bahkan keduanya sering terpalit dengan salah faham melibatkan bekas kekasih masing-masing hingga membuatkan penonton ‘frust’ dan ada yang memilih untuk berhenti mengikuti drama ini lagi.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉