Bukan senang nak menulis skrip drama kerana kadang kala, kajian mendalam perlu dilalukan supaya tidak menyinggung sesiapa.

Terbaru menurut laporan media Newsen, dialog yang diutarakan oleh watak Yoo In-na dalam “Dora! Deborah” mengenai kem konsentrasi Auschwitz telah menimbulkan kemarahan ramai terutamanya penonton luar negara.
Semasa sedang menulis bukunya, Deborah iaitu watak lakonan Yoo In-na menekankan kepentingan menjaga wajah,
Di kem konsentrasi Auschwitz, walaupun ramai yang sedang menanggung azab kematian namun ada antara mereka yang meminum separuh air dari gelas dan menggunakan sebahagian lagi untuk membasuh muka. Mereka turut mencukur bulu dengan serpihan kaca dan menggunakan belakang tempat abu rokok sebagai cermin. Kemudian, mereka terselamat.
ENA 수목드라마 보라! 데보라 9화가 해외에서 논란이 된 모양. 아우슈비츠에서 안 꾸미는 사람은 죽었고 꾸미는 사람은 살았다며 꾸밈의 중요성을 역설하는 장면인데 탈코를 비웃는 여성혐오자의 트윗을 대사로 쓴 것도 모자라 코르셋 정당화를 한답시고 나치 희생자를 비유 소재로 써먹었다는 게 문제 https://t.co/SDIcSVos44 pic.twitter.com/FXHOGsml1D
— 구독계 (@LstGpg8R85NnDsy) May 13, 2023
Tambahnya,
Menjaga penampilan dan melaram juga adalah sebahagian daripada kelangsungan hidup. Sebagai seorang yang solo, saya perlu melakukan segalanya untuk terus hidup.
Perbandingan yang tidak setara antara menjaga penampilan dan Holokus (pembunuhan beramai-ramai) oleh tentera Nazi ketika perang dunia kedua nyata menimbulkan kemarahan semua. Ulas seorang penonton luar negara,
Saya tak pernah mendengar analogi sebegini seumur hidup saya. Saya tak sangka penulis menulis dialog ini dan semua orang bersetuju dengannya.
Malah penonton Korea turut mengkritik pihak produksi,
Rupanya dia mengambil ayat dari ciapan yang kontroversi di media sosial dan menjadikannya dialog di dalam drama.
Setakat ini, pihak “Bora! Deborah” tidak memberikan sebarang respon lagi mengenai isu yang timbul ini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉