Kadang kala cinta yang disangkakan indah, tak semestinya berakhir dengan positif dan kebahagiaan.
Meskipun kisah yang mungkin sudah lama berlalu namun ada ketika ianya kekal segar dalam ingatan sesetengah orang. Sama dengan berita kecurangan Yoon Hyun-min yang menjalinkan hubungan cinta bersama Baek Jin-hee hanya beberapa bulan berpisah dengan Jeon So-min.
Tidak kelihatan mencurigakan, namun ramai yang sangsi apabila lelaki itu mengumumkan kisah cintanya bersama Baek Jin-hee tidak lama selepas dia berpisah dengan Jeon So-min. Oleh itu, ramai menebak bahawa Yoon Hyun-min mungkin menjalin hubungan baru semasa masih lagi bersama ahli “Running Man” tersebut.
Baru-baru ini, nama Yoon Hyun-min kembali hangat diperkatakan apabila dia muncul sebagai watak yang disukai ramai dalam drama “Bora! Deborah”. Meskipun tampil manis dan lembut hati di dalam naskhah itu namun masih ramai lagi yang mengungkit mengenai kisah kehidupan sebenarnya.
Kisah dah berlalu kan..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉