Ikuti Kami:

Meski Diterajui Yoo Inna & Yoon Hyunmin, Episod Awal ‘Bora! Deborah’ Hanya Raih Rating 0%

Meski Diterajui Yoo Inna & Yoon Hyunmin, Episod Awal ‘Bora! Deborah’ Hanya Raih Rating 0%

Semakin banyak drama best ditayangkan di saluran ENA kini kan? Salah satu daripadanya ialah drama romantik “Bora! Deborah”.

Drama ini menggambarkan kisah Deborah (Yoo In-na), seorang jurulatih cinta terkenal dan Lee Soo-hyuk (Yoon Hyun-min), seorang lelaki bergaya yang menghadapi kesukaran dalam cinta.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, penonton diperkenalkan dengan watak Yeon Bo-ra iaitu seorang pakar cinta yang merupakan penulis ‘best-seller’ bagi buku romantik. Walau bagaimanapun, kehidupan tak seindah disangkan apabila teman lelaki tersayang sebenarnya menyimpan ‘agenda’ lain meskipun mereka sudah lama bercinta.

ena bora! deborah

Sama situasi dengan Lee Soo-hyuk, seorang penerbit buku yang kurang arif mengenai cinta mengalami krisis terbesar hidupnya apabila wanita dicintai memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain apabila melihat tiada harapan dengan hubungan mereka ini.

Untuk episod awal ini, “Bora! Deborah” gagal mencapai jangkaan penonton apabila hanya mampu meraih rating sebanyak 0.6% sahaja bagi kedua-dua episod awalnya. Mungkin masih lagi belum memasuki plot utama, sepertinya penonton mahukan sesuatu yang lebih unik lagi berbanding plot romantik klisé.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...