Ikuti Kami:

Yoo Ahin, Ravi, Kim Saeron & Ramai Lagi Dilarang Muncul Di Saluran KBS

Yoo Ahin, Ravi, Kim Saeron & Ramai Lagi Dilarang Muncul Di Saluran KBS

Menurut Star News pada 4 Januari, larangan penyiaran KBS terhadap Ravi, Kim Sae-ron, Shin Hye-sung, dan Yoo Ah-in yang dilaksanakan tahun lalu masih belum dibatalkan pada tahun baru.

Akibatnya, mereka mungkin menghadapi kesulitan untuk muncul dalam penyiaran KBS tahun ini. Yang pertama, Yoo Ah-in, yang penyiarannya sementara dilarang oleh KBS pada Mac tahun lalu, terus dikekang pada awal tahun ini. KBS membuat keputusan itu karena Yoo Ah-in masih dalam proses pengadilan atas tuduhan penggunaan dadah.

Ravi, yang muncul di mahkamah tahun lalu atas tuduhan melarikan diri dari perkhidmatan ketenteraan, terus dilarang daripada penyiaran KBS kerana perbicaraannya masih berlanjutan.

ha jungwoo

KBS turut menyekat Kim Sae-ron dan Shin Hye-sung pada April tahun lalu. Kedua-duanya tidak akan dapat muncul dalam program KBS kecuali stesen penyiaran membatalkan sekatan itu. Kedua mereka mencetuskan kontroversi berkaitan memandu dalam keadaan mabuk.

Selain itu, larangan penyiaran terhadap Don Spike, Ha Jung-woo, dan B.I juga belum dibatalkan. Kwak Do-won, yang menyebabkan kekecohan dek insiden memandu dalam keadaan mabuk juga dihadkan daripada muncul dalam program KBS.

KBS menganggap tindakan yang menimbulkan kontroversi sosial seperti mengelak khidmat ketentraan, penipuan, perjudian, jenayah seksual, penggunaan dadah, dan tuduhan sivil dan jenayah lain, sebagai subjek utama yang perlu dikenakan tindakan kawalan dari muncul di kaca televisyen.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...