Ikuti Kami:

“Sebab Saya Hodoh?”- Dibuang Dari Sertai Drama KBS, Luahan Pelakon Pembantu Heo Jungmin Tular

“Sebab Saya Hodoh?”- Dibuang Dari Sertai Drama KBS, Luahan Pelakon Pembantu Heo Jungmin Tular

Bukan mudah menjadi pelakon, tambahan pula bagi individu yang membawa watak sampingan kerana posisi mereka yang kurang stabil.

Kelmarin menerusi laporan media Korea, Heo Jung-min yang dikenali sebagai watak ‘pro-rakan baik’ telah meluahkan perasaan marah tidak terhingga di laman media sosialnya apabila namanya dibuang daripada drama mingguan KBS “Hyoshim’s Independent Life”.

Dua bulan saya bersedia tapi penulis membuang saya keran tidak sukakan pelakon Heo Jung-min? Kenapa tak boleh tengok muka saya? Sebab saya hodoh? sebab saya tak boleh berlakon? Apa yang akan terjadi pada 2 bulan persiapan ini dan juga masa akan datang? Saya hanya meluahkan hal ini selepas lama bertahan.

heo jungmin

Tak lama kemudian, wakil drama itu telah memberikan respon mereka,

Memang benar pengarah Kim Hyung-il dan pelakon Heo Jung-min ada berjumpa pada penghujung bulan Mac. Dia kemudiannya mencapai konklusi bahawa watak itu dan imej pelakon tidak bersesuaian. Dua minggu kemudian, pada pertengahan April, kami memberitahu hal itu kepada pihak pengurusan pelakon. Penulis langsung tidak mempunyai kaitan dengan pemilihan pelakon dan kami berasa sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Heo Jung-min.

Mendengarkan penjelasan itu, balas pelakon berkenaan,

Saya memohon maaf kepada pihak produksi dan pelakon lain. Saya terlalu kasar berbicara. Saya akan mengundurkan diri dan mendoakan kejayaan drama ini. Saya akan menerima dengan rendah hati sesalan yang dizahirkan pihak produksi.

heo jungmin

Terbaru, Heo Jung-min memuat naik satu entri baru di mana dia meluahkan situasi yang sama pernah berlaku padanya 10 tahun lalu. Katanya, dia diheret oleh ketua produksi drama di KBS dan disuruh untuk melepaskan watak yang diberikan kepadanya kerana kesilapan orang lain.

Saya mendapat tahu tak lama kemudian, watak itu diberikan kepada seorang idola. 10 tahun berlalu, dan sejujurnya saya tak menyangka hal ini akan menjadi sesuatu yang besar buat saya. Saya hanya mahu mengadu mengenai apa yang terjadi, sila beri komen secara berhemah.

Dalam pada itu, Heo Jung-min pernah membintangi pelbagai drama seperti “Oh Haeyoung Again”, “People With Flaws”, “Go Back Couple”, “100 Days My Prince”, “18 Again” dan banyak lagi.

Mungkin ada salah faham antara dua pihak..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...