Ikuti Kami:

Ha Joon Dalam Perbincangan, UEE Sah Terajui Drama Kehidupan ‘Hyo Shim’s Independent Life’

Ha Joon Dalam Perbincangan, UEE Sah Terajui Drama Kehidupan ‘Hyo Shim’s Independent Life’

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat UEE dan Ha Joon bergandingan dalam sebuah drama!

Terbaru, UEE telah disahkan bakal terajui drama “Hyo Shim’s Independent Life”, yang mengisahkan tentang Lee Hyo-shim yang penyayang dan akhirnya memutuskan untuk menjauhkan diri dari keluarganya untuk mengejar kebahagiaan sendiri.

Untuk pengetahuan, Lee Hyo-shim adalah watak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya selepas bapanya menghilangkan diri pada satu hari. Dia seorang anak perempuan yang berbakti yang mendedikasikan dirinya kepada keluarganya, dan kerana dia mahir dalam aktiviti fizikal, dia segera mendapat pekerjaan sebagai jurulatih kesihatan sebaik sahaja menamatkan pengajian di sekolah menengah.

Selain UEE, Ha Joon turut menerima tawaran untuk terajui drama yang sama dan sedang dalam perbincangan kini.

ha joon

Jika Ha Joon menerima tawaran tersebut, dia akan memainkan watak sebagai Kang Tae-ho, seorang pengarah bahagian perancangan sebuah konglomerat. Dia juga mempunyai rupa dan kemahiran, dan akan terjalin dengan Lee Hyo-shim selepas kejadian yang tak dijangka.

Dalam pada itu, “Hyo Shim’s Independent Life” dilapor akan mula ditayangkan selepas tamatnya drama “The Real Has Come!”.

Nantikan maklumat lanjut!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...