Nampaknya, ramai yang menantikan gandingan Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon dalam sebuah drama!

Terbaru pada 28 Mac, Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon dilapor telah menerima tawaran untuk terajui drama cinta fantasi baru berjudul “Time to Walk Through Memories”.
Pada hari yang sama, agensi kedua pelakon itu memberitahu bahawa mereka sedang secara positif mempertimbangkan tawaran untuk muncul dalam drama tersebut.
Untuk pengetahuan, “Time to Walk Through Memories” ialah drama tentang Sol, seorang peminat tegar Ryu Seon-jae, seorang bintang terkenal yang meninggal dunia secara tragis dan kembali ke masa 2008 untuk menyelamatkannya. Kemudian, kedua mereka bertemu kembali ketika muda untuk mengatasi nasib mereka.
Dalam pada itu, drama ini akan diarahkan oleh pengarah Bu Seong-cheol dari “Ghost Doctor” dan penulis Lee Si-eun dari “True Beauty”.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉