Ikuti Kami:

“Saya Akan Nampak Tua Kalau..” – Byeon Wooseok Akui Turun Berat Badan Untuk ’20th Century Girl’

“Saya Akan Nampak Tua Kalau..” – Byeon Wooseok Akui Turun Berat Badan Untuk ’20th Century Girl’

Tidak dinafikan bahawa “20th Century Girl” adalah antara naskhah Korea yang sedang menjadi bualan ramai kini.

Bagi siapa yang belum tahu, filem “20th Century Girl” mengisahkan tentang cinta pertama yang menyakitkan namun membuatkan hati berbunga buat Na Bo-ra (Kim Yoo-jung), seorang gadis berusia 17 tahun pada tahun 1999. Daripada persahabatan yang hadir sebelum cinta dan mereka kembali bertemu pada abad ke-21.

Terbaru, salah seorang pelakon filem tersebut iaitu Byeon Woo-seok yang memainkan watak Poong Woon-ho, telah terlibat dengan satu temu bual khas bersama dengan Netflix.

byeon wooseok

Khususnya, pelakon yang sedang digilai ramai itu berkongsi tentang persiapannya untuk menghidupkan watak pelajar sekolah Poong Woon-ho dalam filem tersebut. Kongsinya,

Ia sedikit membebankan untuk memakai pakaian seragam sekolah. Apabila saya pakai pakaian itu, saya bertanya kepada ahli pasukan pakaian, ‘Adakah ini ok?’. Saya kurangkan berat badan saya sedikit lagi untuk kepastian.

Sambung Byeon Woo-seok lagi,

Walaupun pada masa itu saya agak kurus, tetapi daripada menurunkan berat badan, saya fikir lebih tepat untuk mengatakan bahawa saya kehilangan otot kerana saya akan kelihatan lebih tua jika saya mempunyai badan dan otot yang lebih besar.

byeon wooseok

Kemudian, Byeon Woo-seok turut menjelaskan bahawa dia perlu kerap bersenam dan menjaga diri sendiri,

Saya rasa masa yang saya habiskan di gim, berjoging dan bersenam untuk menjaga diri saya mungkin menjadi asas untuk memakai pakaian seragam sekolah.

Macam tak percaya Byeon Woo-seok dah berumur 31 tahun, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...