Ikuti Kami:

Pernah Gagal 100 Uji Bakat Lakonan, Kenali Byeon Wooseok Dari Filem ’20th Century Girl’

Pernah Gagal 100 Uji Bakat Lakonan, Kenali Byeon Wooseok Dari Filem ’20th Century Girl’

Siapa yang masih belum move on dengan pengakhiran filem “20th Century Girl”?

Bagi siapa yang menonton “20th Century Girl”, mesti ada di antara korang yang tertanya-tanya tentang pelakon yang memainkan watak Poong Woon-ho, iaitu Byeon Woo-seok.

Jangan risau, untuk artikel kali ini, Kimchi Daily akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai latar belakang Byeon Woo-seok, dari awal kerjayanya sebagai model sehingga dia mula menjinak dalam dunia lakonan.

byeon wooseok

Biodata Byeon Wooseok

Byeon Woo-seok ialah seorang model dan pelakon, yang dilahirkan pada 31 Oktober 1991 di Paju, Gyeonggi-do, Korea Selatan. Keluarganya terdiri daripada ibu bapa, kakak dan dirinya sendiri. Berita gembira buat peminat, Byeon Woo-seok juga telah selesai menjalani servis khidmat ketenteraannya pada 2013.

Pada tahun 2015, Byeon Woo-seok telah debut sebagai model sebelum membuat kemunculan pertama sebagai pelakon menerusi drama “Dear My Friends” yang ditayangkan pada 2016.

Untuk pengetahuan, pelakon itu pernah bernaung di bawah agensi BH Entertainment sebelum dia menyertai agensi Varo Entertainment secara rasminya pada September 2020.

byeon wooseok

Susah payah dalam dunia lakonan

Kalau anda nak tahu, Byeon Woo-seok pernah berkongsi sebelum ini bahawa dia gagal lebih daripada 100 uji bakat dan melakukan 30 kali uji bakat dalam satu bulan, untuk berlakon. Dek mahu debut sebagai pelakon, dia juga telah mengambil beberapa kelas lakonan semasa bekerja sebagai model.

Dalam satu temu bual, pelakon itu menjelaskan tentang kegagalannya dalam pelbagai uji bakat,

Sungguh, saya gagal setiap kali saya mencuba. Saya fikir, ‘Mengapa saya tidak boleh melakukan ini? Adakah saya melalui jalan yang salah?’. Saya mempunyai perasaan malu ini, tetapi itulah kekurangan saya. Saya bersaing dengan pelakon yang lebih bersedia, jadi sudah tentu saya gagal. Saya percaya bahawa lebih lama anda menumpukan perhatian dan melakukan kerja ini, hasil yang baik akan datang.

Dengan kesabaran dan kerja keras yang dilakukan selama ini, nampaknya segala usaha Byeon Woo-seok telah pun membuahkan hasil.

byeon wooseok

Perkembangan kerjaya Byeon Wooseok

Pada 2020, Byeon Woo-seok telah berjaya mendapat watak utama pertamanya dalam drama “Record of Youth”, bekerjasama dengan Park Bo-gum dan Park So-dam.

Sebelum ini, pelakon itu juga pernah muncul dalam pelbagai drama sebagai watak sampingan atau tetamu, seperti “Welcome to Waikiki 2”, “Moonshine”, “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”, “Weightlifting Fairy Kim Bokjoo” dan banyak lagi.

Selain drama, Byeon Woo-seok juga telah membuat debut di layar perak menerusi filem “Ashfall” dan “Midnight Runners” sebagai watak tetamu. “20th Century Girl” merupakan penampilan pertamanya sebagai watak utama dalam sebuah filem.

Akan datang, pelakon itu juga akan menemui penonton dalam drama “Strong Girl Nam-Soon” dan filem “SoulMate”.

byeon wooseok

Makin teruja nak tengok Byeon Woo-seok berlakon lepas ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...