Ikuti Kami:

Yoo Ahin Disahkan Positif 4 Dadah Berbeza

Yoo Ahin Disahkan Positif 4 Dadah Berbeza

Bagai jatuh ditimpa tangga, pelakon Yoo Ah-in mungkin akan menghadapi hukuman yang berat dek kes salah guna dadah.

Terbaru, media melaporkan bahawa pelakon popular itu disahkan positif dadah jenis kokain dan ketamine (pil kuda). Hasil ujian ini merupajan tambahan kepada keputusan positif untuk dadah jenis ganja dan propofol yang dilaporkan sebelum ini.

Daripada hasil ujian pada folikel rambut, Yoo Ah-in didapati menyalahgunakan dadah jenis ganja di mana ia dilarang digunakan untuk rekreasi (keseronokan) di Korea Selatan. Manakala ujian itu turut mengesahkan bahawa dia turut positif mengambil propofol dan ujian terbaru turut menunjukkan ada kesan penggunaan kokain dan ketamine.

yoo ahin drug

Pihak polis kini sedang dalam proses menyemak rekod ketamine bagi memastikan sama ada pelakon itu menggunakan dadah berkenaan secara kerap. Khabarnya, Yoo Ah-in sekali lagi akan dipanggil untuk siasatan sebagai suspek pada awal minggu hadapan.

Hmm… tak tahu nak kata apa..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...