Ikuti Kami:

Perlawanan Minda, Filem ‘The Match’ Lakonan Lee Byunghun & Yoo Ahin Bakal Bersiaran Di Netflix

Perlawanan Minda, Filem ‘The Match’ Lakonan Lee Byunghun & Yoo Ahin Bakal Bersiaran Di Netflix

Filem lakonan Lee Byung-hun dan Yoo Ah-in akan disiarkan di Netflix?

Terbaru, Netflix mengumumkan bahawa filem lakonan Lee Byung-hun dan Yoo Ah-in iaitu “The Match” akan mula disiarkan di Netflix secara global.

Filem “The Match” ini mengisahkan mengenai kisah seorang Master Go yang terpaksa bersaing dengan muridnya. Ia berdasarkan kisah sebenar yang mana, Cho Hun-hyun dan Lee Chang-ho, seorang guru dan murid yang tiada pilihan selain menjadi saingan.

Dalam pada itu, pengarah “The Sheriff in Town” iaitu, Kim Hyung-joo dan Syarikat Filem MoonLight adalah orang kuat yang bertanggungjawab untuk menghasilkan filem ini.

Menerusi filem ini, watak Cho Hun-hyun akan dibawa oleh Lee Byung-hun manakala Lee Chang-ho akan dilakonkan oleh Yoo Ah-in. Semestinya, gabungan dua pelakon hebat ini mencetuskan keterujaan dalam kalangan penonton kerana mereka berdua mempunyai aura ‘fighter’ yang luar biasa.

Kalau korang nak tahu bila tarikh tayangan filem ini, korang tunggu update seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...