YG Entertainment Sahkan Penggambaran Muzik Video Comeback BIGBANG Telah Selesai
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Siap sedia semua, kumpulan ‘legend’ K-pop akan kembali tak lama lagi!
Pada 16 Mac, YG Entertainment telah berkongsi kemas kini mengenai kemunculan semula musim bunga BIGBANG, dengan mengesahkan mereka telah pun selesai merakam muzik video mereka.
Dalam satu kenyataan yang dikongsi dengan saluran media Newsen, YG Entertainment mengesahkan kemunculan semula itu akan merangkumi keempat-empat ahli BIGBANG dan mereka telah menyelesaikan penggambaran muzik video mereka.
G-Dragon, Taeyang, T.O.P dan Dae-sung BIGBANG baru-baru ini telah selesai penggambaran muzik video baharu itu. Persiapan untuk kemunculan semula mereka berjalan lancar. Kami akan memberitahu anda butiran khusus seperti tarikh keluaran, tidak lama lagi.

Sementara itu, ini juga adalah lagu baharu BIGBANG yang pertama dalam kira-kira 4 tahun sejak single “Flower Road” dikeluarkan pada Mac 2018.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




