Yeo Jingoo Luah Rasa Terharu Jungkook BTS Hantar Trak Minuman Di Set Penggambaran ‘Agreement’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Pelakon Yeo Jin-goo baru-baru ini menerima trak minuman di set penggambaran oleh seorang rakan! Siapa agaknya ya…
Terbaru, jika kita menjengah ke ruangan Instagram Yeo Jin-goo, kita dapat lihat satu perkongsian yang dibuatnya. Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik, Yeo Jin-goo menulis di ruangan kapsyen,
Wajah anda, suara anda, tarian anda, dan sokongan anda untuk saya penuh dengan emosi. Awak setuju, Jung-kook? Ya, awak setuju. Terima kasih Kkooooook.
Kapsyen tersebut dilihat sebagai tanda terima kasihnya bagi kiriman trak minuman yang dihantar oleh Jung-kook BTS, terpapar di cawan minuman tersebut.
Jung-kook juga turut menghantar kiriman di banting trak tersebut di mana dia menyatakan bahawa,
Saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada pelakon Yeo Jin-goo terlebih dahulu dan juga memberi galakan kepada semua pelakon dan kakitangan filem “Agreement”! Yang ikhlas, Jung-kook BTS.
Lah, bestie rupanya dorang ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




