Utama K-Pop Jungkook BTS Jadi Penyanyi Solo Korea Pertama Raih 20 Juta Pendengar Untuk...

Jungkook BTS Jadi Penyanyi Solo Korea Pertama Raih 20 Juta Pendengar Untuk ‘Left And Right’

jungkook

Jung-kook BTS terus melakar rekod baru hari demi hari apabila lagunya bersama Charlie Puth kini melebihi 20 juta pendengar! Biar betul?

Jung-kook BTS kini mencatat sejarah baru apabila lagu kolaborasi popularnya “Left And Right” mencecah lebih daripada 20 juta pendengar melalui platform muzik Spotify. Ini sekaligus menjadikan Jung-kook penyanyi solo Korea pertama dan satu-satunya yang melepasi 20 juta pendengar bulanan dalam sejarah Spotify.

Jung-kook mencapai tahap membanggakan apabila dia meraih 7 juta pendengar bulanan sebelum ini dengan lagu “Stay Alive” dan kini melepasi 20 juta dengan menerusi lagu “Left And Right”. Pencapaian ini lebih mengagumkan kerana hanya dengan dua lagu di bawah akaun Spotifynya sendiri, dia berjaya meraih rekod pendengar yang tinggi. jungkookTahniah Jung-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERTwitter
Loading...