Masih ingat tak korang dengan bekas ahli CLC, Jang Ye-eun yang baru-baru ini menggunakan akaun Instagram miliknya untuk berinteraksi dengan para peminat.
Menerusi satu Instagram Story Jang Ye-eun, seorang peminat bertanyakan mengenai perancangan aktivitinya di masa hadapan, dan dia menjawab,
Saya tidak boleh memberitahu dengan terlalu terperinci, tapi saya akan memulakan perjalanan baru.
Dia kemudian turut menjawab persoalan apabila ditanya adakah dia akan membuat debut secara solo lalu Jang Ye-eun mengiyakan perkara tersebut, malah turut berkata bahawa debut solonya akan bermula pada tahun ini.
Bila dah cakap macam itu, semestinya peminat bertambah teruja menunggu comeback Jang Ye-eun untuk debut solo.
Korang excited tak? Tunggu update seterusnya okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.