Ikuti Kami:

“Dah Tak Ada Sebab..” – Sorn Kongsi Kisah Disebalik Pembubaran CLC & Waktu Sukar Jadi Pelatih

“Dah Tak Ada Sebab..” – Sorn Kongsi Kisah Disebalik Pembubaran CLC & Waktu Sukar Jadi Pelatih

Baru-baru ini, bekas ahli CLC Sorn telah menghadiri temu bual bersama dengan saluran YouTube Thai ป๋าเต็ด, di mana dia menceritakan kisah disebalik pembubaran CLC dan banyak lagi.

Pada awalnya, Sorn bercerita tentang waktu sukarnya di agensi Cube Entertainment ketika menjadi seorang pelatih sebelum debut. Peminat K-Pop pastinya sudah jelas mengenai kesusahan melakukan persiapan untuk menjadi seorang idola.

Namun, apa yang ramai peminat K-Pop mungkin tidak menyedari adalah, banyak syarikat hiburan K-Pop mempunyai CCTV di merata tempat, termasuk pusat latihan untuk memantau pelatih. Oleh itu, pihak pengurusan sentiasa sedar jika mereka malas. Jika ditangkap malas, pelatih akan ditandakan dengan ‘pelekat amaran’ dengan nama mereka di papan, dan jika pelatih mengumpul sejumlah lima pelekat itu, mereka akan ‘ditendang’ keluar daripada syarikat. Berbeza buat Sorn, kerana dia tidak pernah disuruh keluar sebaliknya, dia telah dipindahkan ke projek latihan yang lebih ketat.

sorn clc

Selepas Sorn memulakan kerjaya sebagai ahli CLC, perjuangannya tidak berakhir di situ. Menurutnya dalam temu bual itu (diterjemah oleh akaun peminat CLC), satu ketika apabila CLC hampir ditubuhkan, mereka sangat letih sehingga mereka berbaring, memandang satu sama lain, dan menangis. Mereka terlalu penat sehingga tertidur di bilik latihan bersama.

Apabila tiba masanya untuk ahli memutuskan sama ada untuk memperbaharui kontrak masing-masing, mereka semua telah memaklumkan kepada CUBE Entertainment bahawa mereka mahu terus mempromosikan sebagai CLC. Namun, syarikat itu mempunyai rancangan yang berbeza.

Sorn berkata bahawa dia mahu kekal dalam syarikat itu di bawah nama CLC, kerana dia masih mempunyai semangat untuk bekerja dengan semua ahli. Dia fikir kumpulan itu boleh pergi lebih jauh. Bagaimanapun, CUBE Entertainment mahu setiap ahli membuat promosi secara individu. Oleh itu, ahli sudah tidak nampak sebab untuk kekal bersama syarikat itu jika mereka tidak lagi bekerja sebagai kumpulan CLC.

sorn

Kini, Sorn telah pun berpindah dari CUBE Entertainment ke agensi WILD Entertainment. Dia berharap untuk terus berkembang sebagai artis muzik dan mencabar dirinya dengan gaya yang berbeza.

Jangan lupa tau beri sokongan buat semua ahli CLC dengan aktiviti mereka masing-masing!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...