Hanya menyertai dalam panggilan video sebelum ini, Jeon So-min akhirnya membuat kemunculan istimewa dalam siaran langsung di platform Twicth Haha.
Apabila melihat ramai yang menyertai siaran itu, pelakon wanita itu bertanya mengapa mereka semua tidak menyambut ‘White Day’ hari berkenaan.
Pujuk Jeon So-min selepas membaca komen balasan penonton,
Awak cakap awak tak boleh bercinta? Awak boleh bersaing dengan persona menarik. Haha pun berkahwin, Se-chan juga bercinta, Jae-suk dan Ji Suk-jin juga dapat berkahwin.
Walau bagaimanapun, respon yang diberikan penonton dilihat kurang baik dek kata-kata wanita itu. Balasnya terkesima,
Oh, seriusnya. Saya minta maaf kerana tidak memahami dunia di luar sana dan menyakiti hati semua.
Sambil menundukkan kepala,
Saya melakukan kesalahan tanpa mengetahui apa-apa.
Ulas Haha tersenyum bagi meredakan keadaan,
Dia seorang yang naif, dia hanya begitu kerana tidak tahu dengan lebih baik. Tiada maksud yang buruk pun.
Alah gurau-gurau je..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily