Ikuti Kami:

Tampil Dengan Gaya Rambut Baru, Ramai Terpegun Dengan Kecantikan Jeon Somin

Tampil Dengan Gaya Rambut Baru, Ramai Terpegun Dengan Kecantikan Jeon Somin

Bukan sahaja mempunyai personaliti yang kelakar namun, Jeon So-min juga turut menarik perhatian ramai dengan kecantikannya.

Terbaru dalam siaran 12 Mac program “Running Man”, Joo Woo-jae dan Roh Yoon-seo telah tampil sebagai tetamu dan mereka bersama ahli perlu memilih untuk menyertai kelas Yoo Jae-suk atau Ji Suk-jin bagi mempelajari dengan lebih lanjut mengenai dunia hiburan.

Khususnya dalam episod berkenaan, Jeon So-min tampil dengan gaya rambut baru, membuatkan pelakon wanita itu kelihatan lebih matang dan menawan.

Sebelum ini, pelakon “Cleaning Up” itu mempunyai gaya rambut ‘bangs’ yang sering menjadi ikutan anak muda kini.

jeon somin

Namun dalam episod terbaru ini, penonton nampaknya tidak boleh lepas pandang dengan kecantikan Jeon So-min, tambahan pula dengan potongan rambut barunya itu.

Saya tak boleh ‘move on’ dengan penampilan baru Jeon So-min..

 

Potongan rambut barunya memang sangat sesuai dengannya.

 

Kecantikannya sangat mengganggu dalam episod ini.

Jeon So-min bila je tak cantik, kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...