Ikuti Kami:

Yang Sechan Dijangka Bakal Sertai Yoo Jaesuk Di Agensi Antenna

Yang Sechan Dijangka Bakal Sertai Yoo Jaesuk Di Agensi Antenna

Wah, tahun baru yang menyeronokkan untuk Se-chan!

Menurut kenyataan rasmi daripada Antenna, Yang Se-chan kini sedang berbincang untuk menandatangani kontrak eksklusif bersama mereka.

Antena ialah sebuah agensi hiburan yang diasaskan oleh Yoo Hee-yeol dan merupakan ‘rumah’ kepada ramai artis popular termasuk Yoo Jae-suk, Jung Jae-hyung, Lee Seo-jin, Lee Hyo-ri, Lee Sang-soon, Kyu-hyun dan Mi-joo.

yang sechan ke antenna

Bayangan Yang Se-chan bakal bersama agensi terbabit semakin jelas apabila dia dilihat sentiasa bersama Yoo Jae-suk. Setakat ini, Yang Se-chan telah bekerjasama dengan artis komedi itu dalam “Running Man” dan rancangan YouTube, “Excuse Go”. Selain itu juga, dia dijadualkan menjadi ahli utama dalam rancangan hiburan “Apartment 404”, yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Yang Se-chan telah menandatangani kontrak eksklusif dengan SM C&C sejak 2021. Tetapi selepas perbincangan mendalam baru-baru ini, kedua-dua belah pihak memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bersama.

Nantikan maklumat lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...