Ikuti Kami:

“Jangan Merepek..” – Haha Dedah Identiti Bekas Kekasih Yang Sechan

“Jangan Merepek..” – Haha Dedah Identiti Bekas Kekasih Yang Sechan

Seperti biasa, setiap episod “Running Man” pastinya akan disertai dengan kekalutan dan momen tak dijangka.

Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli perlu mengikuti jadual harian yang diketengahkan oleh Song Ji-hyo dan dipanggil sebagai ‘Detox Tour’. Meskipun ada yang mengeluh kerana perlu menjauhkan diri dengan komunikasi maya dan ‘healing’ di sebuah kepulauan terpencil namun ianya nyata memaparkan keserasian terbaik antara ahli sahaja.

Memegang kuasa terbesar kali ini, Song Ji-hyo meminta Jeon So-min, Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin supaya keluar menaiki bot dan keluar ke bandar bagi mendapatkan barang masakan. Manakala Yang Se-chan, Haha dan Kim Jong-kook terus berada di tempat penginapan mereka.

Tanya Haha pada Yang Se-chan sebagai ‘point’ untuk mengusik,

Awak pernah ke pergi bercuti bersama teman wanita?

yang sechan

Akui lelaki itu,

Saya pernah ke dalam dan luar negara.

Saja mengusik, Haha menyebut nama sebenar bekas kekasih pelawak itu namun ianya ditutup oleh pihak produksi “Running Man”.

Yang Se-chan yang nyata terkejut dengan pendedahan tersebut berkata sesuatu namun tersenyum selepas itu,

Jangan merepek… saya okay sahaja.

Gitu je kena dengan Haha!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...