Ikuti Kami:

“Saya Tetap Jalani Rakaman ‘Running Man’ Walau Slip Disc..” – Ji Sukjin

“Saya Tetap Jalani Rakaman ‘Running Man’ Walau Slip Disc..” – Ji Sukjin

Banyak perkara yang perlu dikorbankan apabila menjadi seorang selebriti, termasuklah kesihatan sendiri.

Dalam episod pertama program “Strong Heart League”, Ji Suk-jin telah hadir sebagai salah seorang tetamu dan berkongsi kisah disebalik kesukaran rakaman “Running Man”. Tanya Kang Ho-dong awalnya,

Cakera tulang belakang awak meletup, tapi awak tetap teruskan penggambaran ‘Running Man’?

Jawabnya,

Hanya orang yang tahu sahaja tahu, saya tak pernah bercerita di tempat lain. Agak kelakar kalau difikirkan. Saya harap orang atasan SBS tahu mengenai hal ini.

ji sukjin

Sambung Lee Ji-hye,

Kalau tulang belakang meletup, bukan kita tak boleh gerak ke?

Sambung Ji Suk-jin,

Rakaman ialah pada hari Isnin, tapi pinggang saya tiba-tiba rasa pelik pada malam Ahad. Dia datang seperti kena langgar kereta. Tapi dari luar macam tak nampak sangat, macam saya sengaja mengada. Saya ambil masa 15 minit untuk naik kereta sahaja sebab saya tak boleh nak angkat kaki.

Pun begitu, Ji Suk-jin memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu merosakkan suasana penggambaran dan menyusahkan ahli lain,

Saya ada beritahu yang saya mungkin tak boleh sertai misi cabut tag nama untuk perlumbaan terakhir. Sambil saya berfikir begitu, saya tiba-tiba terdengar Kim Jong-kook berlari dan terus berlari bersama, Saya tak sedar pun yang saya sakit sampaikan saya tetap tak sedar mengenai kesakitan itu semasa ditangkap.

Kesian Ji Suk-jin..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...