Ikuti Kami:

“Ya, Saya Tahu” – Netizen Terhibur Lihat Hantaran Pertama Lee Jaewook Di IG Selepas Putus Dengan Karina

“Ya, Saya Tahu” – Netizen Terhibur Lihat Hantaran Pertama Lee Jaewook Di IG Selepas Putus Dengan Karina

Siapa sangka kan, hubungan antara Lee Jae-wook dan Karina aespa hanya bertahan selama 5 minggu..

Terbaru pada 16 April, Lee Jae-wook telah kembali memuat naik gambar di laman Instagramnya, pertama kali selepas perpisahannya dengan Karina pada 2 April yang lalu.

Khususnya, ia adalah foto penggambarannya bersama majalah ‘Singles’, di mana lelaki itu tampil menawan dengan solekannya dan pakaian yang mendedahkan bahunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이재욱 (@jxxvvxxk)

Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah kapsyen lelaki itu yang tertulis ‘Singles’, merujuk kepada nama majalah tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai yang terus mengusik Lee Jae-wook kerana dia seolah-olah mengesahkan bahawa dia sedang bujang kini selepas mengumumkan perpisahannya dengan idola wanita popular itu. Antara komen yang ditulis,

  • Sekarang dia memang bujang 😭
  • Iya saya tahu abang tengah single sekarang.
  • Mestilah bujang, kan baru putus.
  • Lahh kapsyennya punn.

Kebetulan pula kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Seoul

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...