Pasti ramai yang tahu kan bahawa Karina aespa sedang menjalinkan hubungan dengan Lee Jae-wook kini.

Baru-baru ini, foto Min-hyuk MONSTA X yang sedang berkhidmat dalam tentera telah tular di laman komuniti dalam talian, di mana ruang tidur lelaki itu didedahkan.
Menarik perhatian, peminat perasan satu gambar wanita yang dilekatkan di lokernya dan ramai yang mendakwa bahawa ia adalah foto ahli aespa iaitu Karina.
Meskipun hantaran itu telah meraih reaksi pra-kontra dari orang ramai kerana Karina ialah kekasih orang namun, ada juga yang menyatakan bahawa lelaki yang sedang menjalani khidmat tentera memang biasanya akan menyimpan gambar penyanyi atau idola wanita kegemaran mereka, sebagai pembakar semangat.
Komen netizen,
Dia mungkin meletakkannya di sana sebagai motivasi.
Mungkin gambar itu milik rakan sebiliknya..
Apa salahnya, idola pun boleh jadi peminat ahli kumpulan wanita lain juga.
Gambar je kan?
Mungkin itu loker kawannya.
Apa pendapat korang pula?