Ikuti Kami:

Woo Dohwan Terima Tawaran Drama Terbaru ‘Joseon Lawyer’ Bersama Bona WJSN

Woo Dohwan Terima Tawaran Drama Terbaru ‘Joseon Lawyer’ Bersama Bona WJSN

Hampir setiap hasil lakonannya dalam mana-mana filem atau drama berjaya menaikkan rating sesebuah karya tersebut. Tidak dapat dinafikan lagi, keupayaan pelakon, Woo Do-hwan dalam memberikan mutu kualiti lakonan yang mantap. Terbaru, dia dikhabarkan bakal tampil dalam sebuah drama di samping seorang lagi artis wanita sebagai teraju utama.

Bona WJSN dan pelakon Woo Do-hwan dikhabarkan sedang meneliti butiran lakonan untuk drama terbaru “Joseon Lawyer” dan akan membawa watak sebagai seorang peguam, Kang Han-soo. Drama baharu, “Joseon Lawyer” ini ditulis oleh Choi Jin-young, Jeong Ho-rak, dan bakal diarahkan oleh pengarah Kim Seung-ho.

Dalam pada itu, menurut sumber, Bona WJSN juga turut menerima tawaran untuk menjadi teraju utama drama tersebut dan bakal memegang watak sebagai Lee Eon-joo.

“Joseon Lawyer” adalah berdasarkan ‘Webtoon’ dan merupakan drama sejarah yang menggabungkan percintaan dan seorang penegak undang-undang. Ia merupakan cerita bergenre fiksyen dengan motif Perang Gyeongguk. Peguam persendirian, Kang Han-soo terperangkap dalam skandal besar. Ia adalah sebuah kisah dimana peguam tersebut membesar sebagai seorang peguam yang adil.

Dalam masa sama, Woo Do-hwan juga telah menamatkan perkhidmatan tenteranya pada Januari dan telah membuat kemunculan semula dengan “Hunting Dogs” melalui siaran Netflix. Dia akan meneruskan jadualnya secara aktif sehingga pelancaran “Joseon Lawyer”.

Sudah banyak tawaran buat Woo Do-hwan kan? Pasti ramai dah tak sabar nak tunggu lakonan mantapnya untuk drama terbaru kali ini. Korang dah sedia ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...