Ikuti Kami:

Tamat Khidmat Tentera, Woo Dohwan Kongsi Persiapannya Untuk Siri Netflix ‘Hunting Dogs’ Akan Datang

Tamat Khidmat Tentera, Woo Dohwan Kongsi Persiapannya Untuk Siri Netflix ‘Hunting Dogs’ Akan Datang

Woo Do-hwan telah kembali!

Setelah selesai khidmat ketenteraannya pada awal bulan ini, Woo Do-hwan baru-baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Vogue Korea. Penggambaran ini lebih bermakna buatnya, kerana ia merupakan jadual pertamanya selepas dia keluar dari servis tentera. Katanya,

Saya berfikir tentang banyak perkara, seperti bagaimana saya harus melakukan temu bual, dan bagaimana saya ingin memadankan nada dengan mood video.

Dalam temu bual itu, Woo Do-hwan menunjukkan sikap seriusnya semasa dia membincangkan tentang kehidupannya dalam tentera. Dia berkata,

Saya menyedari betapa bersyukurnya saya untuk kehidupan harian saya yang tersedia setiap hari seperti udara. Rasanya saya telah menyiapkan kerja rumah saya selama 10 tahun, bukan 18 bulan. Saya rasa saya boleh berlari ke hadapan dengan selesa sekarang.

Sementara itu, Woo Do-hwan juga akan membintangi drama Netflix akan datang “Hunting Dogs”. Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Hunting Dogs” ialah drama aksi noir tentang tiga lelaki yang cuba keluar dari hutang dan juga terjalin kerana hutang. Woo Do-hwan akan memainkan watak Gun-woo, yang memasuki dunia pemberi pinjaman, untuk melangsaikan hutangnya. Woo Do-hwan berkongsi,

Saya rasa ini adalah projek pertama di mana saya mempunyai begitu banyak persiapan untuk dibuat. Gun-woo ialah bekas peninju, dan dia banyak bergerak, jadi semasa saya menguruskan diet saya, saya membahagikan hari saya kepada empat sesi senaman iaitu bertinju, bersenam, menghadiri sekolah aksi dan melakukan pilates.

woo dohwan hunting dogs

Nantikan siri Netflix “Hunting Dogs”, turut dibintangi Kim Sae-ron, Lee Sang-yi dan Heo Jon-hoo, bakal menemui penonton tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...