Winter & Ningning aespa Akan Nyanyi OST Pertama Sejak Debut Buat ‘Our Blues’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Winter dan Ningning aespa akan menyanyikan OST pertama mereka sejak debut!
Artikel Berkaitan
Menurut pegawai penyiaran pada 25 Mac, Winter dan Ningning aespa akan mengambil bahagian dalam runut bunyi buat drama tvN akan datang “Our Blues”.
Selain itu, runut bunyi ini juga menandakan kali pertama aespa menyertai mana-mana OST drama sejak debut.

Sementara itu, “Our Blues” ialah drama yang menggambarkan kedua-dua aspek pahit dan manis kehidupan orang biasa yang tinggal di pulau Jeju, yang dibintangi oleh Lee Byung-hun, Shin Min-ah, Cha Seung-won, Lee Jung-eun, Han Ji-min, Kim Woo-bin, Kim Hye-ja dan ramai lagi.
Nantikan tayangan “Our Blues” pada 9 April ini!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




