Ikuti Kami:

Jimin BTS Akan Nyanyi OST Pertama Sejak Debut Buat ‘Our Blues’

Jimin BTS Akan Nyanyi OST Pertama Sejak Debut Buat ‘Our Blues’

Ji-min BTS akhirnya akan menyanyikan runut bunyi pertamanya sejak debut buat drama “Our Blues”!

Pada 15 Mac, syarikat produksi OST NyamNyam Entertainment menyatakan,

Ji-min akan mengambil bahagian dalam OST untuk drama Sabtu-Ahad baru tvN ‘Our Blues’. Dengan ahli kumpulan global BTS Ji-min menyertai kami, drama itu akan dihidupkan semula dengan OST mewah yang sebati dengan aliran plot.

Sementara itu, “Our Blues” ialah drama yang menggambarkan kedua-dua aspek pahit dan manis kehidupan orang biasa yang tinggal di pulau Jeju, yang dibintangi oleh Lee Byung-hun, Shin Min-ah, Cha Seung-won, Lee Jung-eun, Han Ji-min, Kim Woo-bin, Kim Hye-ja dan ramai lagi.

jimin ost

Khususnya, ini juga adalah kali pertama Ji-min menyanyikan OST drama secara solo, dan ramai peminat menantikan bagaimana suara Ji-min akan menambah emosi pelakon.

Nantikan tayangan “Our Blues” pada 9 April ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...