Sudah menjadi kebiasaan kini, terdapat lagi satu drama Melayu adaptasi dari naskhah Korea popular bakal ditayangkan tak lama lagi.
“Luruhnya Bunga Cinta” merupakan adaptasi daripada drama “Autumn In My Heart” bakal menampilkan Redza Rosli dan Tracie Sinidol sebagai pelakon utama di mana ia membawa kisah Nuh yang tanpa sengaja melakukan kesilapan hingga tertukar adiknya dengan bayi lain. Apabila dewasa, kisah mereka mula berbelit apabila rahsia berkenaan terbongkar apabila gadis itu memerlukan pemindahan darah.
Umum mengetahui, ramai yang meninggalkan jangkaan tinggi memandangkan naskhah asalnya diterajui oleh pelakon Korea hebat iaitu Song Hye-kyo, Song Seung-heon dan Won Bin di mana ianya popular ke serata Asia Tenggara.
Bakal bersiaran di slot Akasia bawah TV3, drama ini akan menemui penonton bermula 19 September ini.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.