Siapa tak bangga apabila ada wakil dari Malaysia yang mungkin bakal mengharumkan nama negara dalam rancangan survival idola Korea nanti.
Alyssa nama diberi, gadis berusia 18 tahun itu telah diumumkan sebagai peserta program “Universe Ticket” di SBS di mana mereka akan memilih beberapa peserta dari Korea dan luar negara supaya menyertai kumpulan idola baru.
Dalam satu video baru pengenalan dari program tersebut, Alyssa dilihat telah berkongsi mengenai impiannya yang sekian lama mahu berdiri di atas pentas dan menonjolkan bakat terpendam sebagai artis.
Apa yang menarik perhatian ramai terutamanya peminat Malaysia ialah suaranya yang berubah apabila bercakap dalam bahasa Korea.
Kata mereka,
Suara dia berubah apabila bercakap dari Inggeris ke Korea!
Sedapnya loghat dia.
Sangat yakin dan percakapannya lancar.
Saya dah suka dia!
Jangan lupa undi Alyssa!
Cayalah~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.