Ikuti Kami:

“Auto Nampak Korea” – Antara Calon ‘Universe Ticket’ Popular, Kecantikan Alyssa Dari Malaysia Tular

“Auto Nampak Korea” – Antara Calon ‘Universe Ticket’ Popular, Kecantikan Alyssa Dari Malaysia Tular

Terbukti mempunyai pengaruh besar di Malaysia, akhirnya akan ada wakil gadis tempatan yang bertanding dalam program survival “Universe Ticket” di Korea tak lama lagi.

Bakal memulakan tayangan dalam separuh kedua 2023, rancangan ini membawa 82 peserta dari seluruh pelosok dunia termasuklah dari Mongolia, Vietnam, Thailand, Myanmar, Itali, Filipina dan banyak lagi.

Namun yang menarik perhatian semua ialah peserta dari Malaysia bernama Alyssa. Walaupun pernah ada idola lelaki dari negara ini namun ini merupakan pertama kali negara kita mempunyai wakil dalam kumpulan wanita.

Tiada info lanjut mengenainya, namun video lama gadis berusia 18 tahun itu merupakan ahli kru tarian sebelum ini telah tular di serata internet. Bahkan peminat tempatan kagum melihat bakat tarian yang dipersembahkan dengan kaki dan tangan yang panjang.

Terbaru, program itu telah mendedahkan lagi gambar profil buat pesertanya. Kecantikan Alyssa nyata terserlah di antara 81 peserta lain,

Dia merupakan inspirasi buat semua.

 

Ayuh Malaysia boleh!

 

Cantiknya!

 

Aku rasa ni lagi cantik, kenapa dorang kata Filipina lagi cantik.

 

Dia ada vibe pelatih YG dan SM.

 

Alyssa sumpah cantik!

 

Foto pre-debut pun, dah macam rakam iklan.

 

Auto nampak Korea lah!

Dalam pada itu, Alyssa merupakan antara peserta popular apabila klipnya menerima tontonan antara yang tertinggi di belakang Vanesya (Indonesia), Kotoko (Jepun), Enny (Jepun), dan Vulihndan (Vietnam).

Korang jangan lupa sokong tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...