Ikuti Kami:

“Rupa Izara Aishah” – Berusia 18 Tahun, Alyssa Idola K-Pop Wanita Pertama Dari Malaysia Tular

“Rupa Izara Aishah” – Berusia 18 Tahun, Alyssa Idola K-Pop Wanita Pertama Dari Malaysia Tular

Selain Isaac Voo, sepertinya kita akan ada idola K-Pop baru yang berasal dari Malaysia!

Kelmarin, SBS telah mendedahkan barisan peserta untuk pertandingan survival idola “Universe Ticket”. Bukan sahaja dari Korea, malah dari 41 peserta itu juga terdapat ramai dari negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina.

Namun lebih menarik apabila terdapat seorang peserta dari Malaysia bernama Alyssa yang didedahkan. Khabarnya, gadis itu berasal dari Sabah/Sarawak dan dilahirkan pada tahun 2005.

Menurut peminat tempatan, gadis itu merupakan peminat pelbagai kumpulan K-Pop, antaranya, aespa, EXO, fromis_9, NCT, THE BOYZ, IVE dan banyak lagi.

Jangan lupa support korang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...