Ikuti Kami:

Fasih Berbahasa Melayu Kini, Han Byul Berjaya Lakar Nama Dalam Dunia Seni Malaysia

Fasih Berbahasa Melayu Kini, Han Byul Berjaya Lakar Nama Dalam Dunia Seni Malaysia

Dunia hiburan K-Pop sangat popular dalam kalangan anak muda di Malaysia. Dengan fenomena K-pop yang semakin berkembang, korang mesti bangga dengan kehadiran artis k-Pop yang berjaya mengembangkan kerjayanya di Malaysia.

Jom kita kenali Jang Han-byul, artis Korea yang telah melakar nama dalam industri hiburan Malaysia.

han byul mengacara

Jang Han-byul memulakan kariernya di dalam dunia hiburan dengan menjadi pengacara untuk rancangan “After School Club” di Korea. Selepas itu Jang Han-byul mendapat banyak tawaran menjadi hos antaranya ialah “Music High”, “US M-Countdown” dan “Simply K-Pop”. Selain itu, beliau merupakan bekas vokalis utama untuk kumpulan LEDApple.

Pada tahun 2019, beliau menyertai rancangan hiburan “Big Stage Malaysia” dan berjaya merangkul gelaran juara mewakili Korea Selatan. Jang Han-byul sudah mula jatuh cinta dengan Malaysia. Selepas mendiamkan diri selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, Jang Han-byul telah mengeluarkan single baharu ciptaan Hazama dan Omar K, berjudul ‘Bukan Milikmu’ pada tahun 2022.

Perkembangan terbaru, Jang Han-byul telah dipilih untuk menjadi duta kepada produk minuman terbaru yang dikeluarkan oleh Power Root iaitu minuman Mogu Mogu. Pengerusi bersama produk itu menyatakan bahawa Jang Han-byul terkenal dengan persona berkarisma dan penuh bertenaga dan beliau akan memberi keseronokan pada pengembaraan jenama itu.

Lecturerku Oppa

Selain menjadi seorang penyanyi, Jang Han-byul juga mencipta nama dalam bidang lakonan bergandingan bersama Sweet Qismina dalam drama “Lecturerku, Oppa!”. Bintang berbakat yang dinobatkan sebagai juara Big Stage 2019 itu mengakui mempunyai peminat di seluruh dunia dan hatinya tetap bersama peminat di Malaysia.

Hebat kan Jang Han-byul!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...