Ikuti Kami:

Watak Utama Dianggap ‘Annoying’, Penonton Beri Sebab Plot ‘The Interest Of Love’ Makin Bosan

Watak Utama Dianggap ‘Annoying’, Penonton Beri Sebab Plot ‘The Interest Of Love’ Makin Bosan

Diterajui Yoo Yeon-seok dan Moon Ga-young, ada tak yang tengah seronok layan drama “The Interest of Love” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “The Interest Of Love” adalah drama percintaan di antara empat orang berbeza yang bertemu semasa bekerja di sebuah bank terkemuka. Namun, mereka semua mula memahami erti cinta sebenar setelah mereka terjerat dalam kehidupan satu sama lain.

Berjaya menarik perhatian penonton pada episod awal namun, aliran plot pada episod yang berikutnya dipercayai semakin perlahan dan membosankan.

Khususnya, penonton menganggap bahawa tingkah laku dua watak utama iaitu Soo-young (Moon Ga-young) dan Sang-soo (Yoo Yeon-seok) menyakitkan hati. Kalau korang nak tahu, kedua-dua watak tersebut memang dilihat sudah mempunyai perasaan antara satu sama lain, tetapi tidak ingin mengaku bahkan, membuatkan hidup mereka lebih sukar.

jtbc the interest of love

Apa yang lebih rumit lagi, mereka ingin menimbulkan rasa cemburu antara satu sama lain dengan Soo-young bertindak mesra kepada Jong-hyun (Jung Ga-ram) dan Sang-soo cuba untuk rapat dengan rakan sekerjanya Mi-gyeong (Geum Sae-rok). Secara konklusinya, plot ini dipercayai menyakitkan hati dan cliché.

Komen penonton,

Saya belum tonton episod 5 tetapi saya tak faham dengan cara Soo-young dan Sang-soo bertindak. Mereka hanya perlu duduk dan bercakap seperti orang dewasa.

 

Walaupun saya suka dengan pelakonnya, tetapi saya tak boleh tahan untuk terus menontonnya.

 

Saya semakin jengkel dengan watak utama drama ni.

Apa pendapat korang yang tengah tonton drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...