Ikuti Kami:

“Kalau Bab Bercinta, Dia Kalah” – Moon Gayoung Ulas Watak Dalam Drama JTBC ‘The Interest Of Love’

“Kalau Bab Bercinta, Dia Kalah” – Moon Gayoung Ulas Watak Dalam Drama JTBC ‘The Interest Of Love’

Korang dah ready ke nak tengok drama terbaru Moon Ga-young?

Satu drama terbaru JTBC bakal menemui penonton iaitu “The Interest Of Love” yang dibintangi oleh pelakon kesukaan ramai, Moon Ga-young. Dalam pada itu, pelakon itu sempat berkongsi pandangannya mengenai drama tersebut.

Bagi yang  belum tahu, drama “The Interest Of Love” ini mengisahkan mengenai drama percintaan di antara empat orang berbeza yang bertemu semasa bekerja di sebuah bank terkemuka, KCU Bank di Yeong-po. Namun, mereka semua mula memahami erti cinta sebenar setelah mereka terjerat dalam kehidupan satu sama lain. moon gayoungMenerusi drama ini, Moon Ga-young bakal membawa watak sebagai Ahn Soo-young, seorang pekerja yang tabah dalam menghadapi cabaran dan sentiasa kekal positif, namun gagal bertindak sedemikian apabila berhadapan dengan masalah cinta.

Moon Ga-young berkongsi bahawa,

Kali pertama saya membaca skrip, saya rasa drama ini sangat menarik. Namun, saya jadi lebih tertarik dengan watak Ahn Soo-young. Dia seorang yang tabah mengharungi realiti kehidupan yang pahit dan sukar, namun jauh di sudut hatinya dia tidak pernah berputus asa.

Tanggapan pertama saya terhadap Ahn Soo-young adalah, dia mempunyai imej seseorang yang akan terus ‘lesap’ jika ada yang cuba menyentuhnya. Untuk mendekati Ahn Soo-young, seseorang itu perlu berhati-hati kerana dia sangat berharga. 

moon gayoungNamun, dia juga berkata,

Sebenarnya sudah menjadi tanggungjawab seorang pelakon untuk memastikan watak yang dibawa berjaya meyakinkan penonton namun kali ini, saya hanya ingin memastikan penonton nampak watak Ahn Soo-young itu secara lembut dan mengikut pemahaman mereka sendiri. Walau apa pun kekurangan Ahn Soo-young, saya ingin penonton dapat lihat semua itu. 

Menurutnya juga, drama ini penuh dengan elemen kasih sayang, jadi dia berharap agar penonton dapat melihat drama ini dan mengikuti perkembangan drama ini cukup sekadar menerusi pemahaman sudut hati.

Wah.. maknanya drama ini bukan drama ‘intense’ lah. Kena tengok ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...