Ikuti Kami:

Yoo Yeonseok & Moon Gayoung Akan Bergandingan Dalam Melodrama ‘Understanding Of Love’

Yoo Yeonseok & Moon Gayoung Akan Bergandingan Dalam Melodrama ‘Understanding Of Love’

Siap sedia semua untuk drama baru yang akan dibarisi pelakon hebat!

Terbaru, JTBC telah mengesahkan Yoo Yeon-seok, Moon Ga-young, Geum Sae-rok dan Jung Ga-ram, akan terajui drama akan datang berjudul “Understanding of Love”.

Untuk pengetahuan, “Understanding of Love” ialah drama curang noir mengenai empat watak iaitu Ha Sang-soo, Ahn Soo-young, Park Mi-kyung dan Jung Jong-hyun di mana kehidupan mereka berlatarbelakangkan Nara Bank cawangan Yeongpo yang baru sahaja menyambut ulang tahun pembukaan ke-99. Ia akan mengikuti orang yang berbeza minat, bertemu antara satu sama lain dan belajar tentang cinta.

Dalam drama ini, Yoo Yeon-seok akan menghidupkan watak Ha Sang-soo, seorang yang mahukan kehidupan normal, dengan mengekalkan nilai tertentu dalam apa jua keadaan. Manakala Moon Ga-young akan membawa watak Ahn Soo-young iaitu seorang pegawai bank tahun ke-4 di situ. Mempunyai penampilan yang menarik, dia menyembunyikan perasaan bencikan dunia di sebalik senyuman licik.

Seterusnya, Geum Sae-rok pula akan berperan sebagai Park Mi-kyung, seorang yang dilahirkan dengan sudu emas dan mempunyai penegasan diri yang jelas. Kemudian, Jung Ga-ram dipilih untuk membawa watak Jung Jong-hyun, seorang pegawai polis yang hidup dengan impian dan harapan untuk berjaya.

Nantikan drama “Understanding of Love” dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...