Korang teruja tak nak tengok drama “Red Balloon”?
Terbaru, satu sesi sidang media bagi drama “Red Balloon” diadakan dan semestinya dihadiri oleh pengarah Jin Hyung-wook bersama para pelakon, Seo Ji-hye, Lee Sung-jae, Hang Soo-hyun, Lee Sang-woo dan Jung Yoo-min. Bagi yang belum tahu, “Red Balloon” adalah drama yang mengisahkan megenai Jo Eun-kang (Seo Ji-hye) yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru tapi sebaliknya hanya menjadi seorang tutor selepas gagal dalam ujian penilaian.
Sewaktu sidang media tersebut, Seo Ji-hye berkongsi pandangan mengenai wataknya.
Moon Young-nam adalah seorang penulis yang sangat hebat jadi itu adalah antara faktor utama kenapa saya bersetuju untuk membawa watak ini. Lagi pun, saya rasa watak Jo Eun-kang ini adalah watak yang tak ‘cliche’. Lebih menarik lagi adalah kerana watak itu, menonjolkan sisi seorang peribadi yang asli, dan sedalam mana kemahuan seseorang itu.
Dalam pada itu, pelakon Hong Soo-hyun juga berkongsi pandangannya mengenai watak Han Ba-da.
Apabila saya baca skrip buat kali pertama, saya dah boleh membayangkan visual watak saya. Saya jadi teruja untuk melakonkan watak Han Ba-da setelah selesai membaca skrip. Saya siap potong rambut pendek kerana saya rasa ianya sesuai dengan watak seorang pereka barang kemas yang elegan.
Memegang watak sebagai suami kepada Han Ba-da, Lee Sang-woo berkata,
Saya sebenarnya rasa bersalah dengan penulis Moon Young-nam kerana kami pernah berkerjasama sebelum ini, tapi disebabkan saya kurang pengalaman, jadi saya rasa saya tak berika yang terbaik. Saya sangat terharu kerana dia masih mahu bekerjasama bersama saya, jadi, saya akan menjayakan watak Go Cha-won dengan baik.
TVCHOSUN drama <#RedBalloon> 1st trailer, broadcast in December.#SeoJiHye #LeeSangWoo #HongSooHyun
— K-Drama Casting (@kdramacasting) November 7, 2022
Ha, drama “Red Balloon” ini akan bersiaran pada 17 Disember ini tau! Jangan lupa tengok!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.