Ikuti Kami:

Lee Seongjae, Hong Soohyun & Lee Sangwoo Sertai Seo Jihye Dalam ‘Red Balloon’

Lee Seongjae, Hong Soohyun & Lee Sangwoo Sertai Seo Jihye Dalam ‘Red Balloon’

Pelakon Seo Ji-hye, Lee Seong-jae, Hong Soo-hyun dan Lee Sang-woo bakal bergandingan dalam siri terbaru “Red Balloon”.

Satu siri terbaru terbitan TV CHOSUN, “Red Balloon” bakal menemui peminat pada Disember ini. Siri terbaru ini merupakan pengarahan Moon Young-nam dan dibantu oleh penerbit Jin Hyung-wook.

Menerusi siri ini, Seo Ji-hye akan memegang watak sebagai Jo Eun-gang, seorang pengajar sampingan yang ingin menjadi seorang guru namun sering gagal dalam setiap ujian perguruan.seo jihyeManakala, Lee Sung-jae akan membawa watak sebagai Jin Nam-cheol, abang ipar kepada Go Cha-won. Dia merupakan anak sulung kepada keluarga miskin dan dikawal oleh keluarga mentuanya kerana dia mengambil alih urusan perniagaan mereka.

Bagi watak Han Ba-da, ia akan dilakonkan oleh Hong Soo-hyun, seorang pereka barang kemas dan membawa personaliti seorang yang ceria. Walaupun membesar dalam keluarga yang mewah, dia sanggup mengorbankan majlis perkahwinannya sendiri demi menjaga ibunya yang jatuh sakit.lee sangwooLee Sang-woo akan membawa watak sebagai Go Cha-won iaitu suami kepada Han Ba-da, dan merupakan seorang pakar dermatologi. Dia menjadi seorang doktor dermatologi, sama seperti apa yang keluarganya inginkan. Mempunyai hati dan personaliti yang baik namun dia sering dalam dilema untuk sentiasa memilih isteri atau ibunya.

Pengarah, penerbit dan juga pihak produksi amat berharap agar penonton dan peminat menantikan siri terbaru ini kerana, perkembangan watak setiap pelakon sangat memberansangkan.

Tak sabarnya nak tengok gandingan semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...