Masih lagi hiba dek ending “Twenty Five, Twenty One” ke?
Pendedahan terbaru ini pastinya akan membuatkan anda tak senang duduk selepas persoalan mengenai identiti suami Na Hee-do (Kim Tae-ri) yang masih lagi menjadi misteri meskipun drama itu menamatkan tayangan kelmarin.
Menurut laporan media, sebenarnya babak antara suami Na Hee-do dan Kim Min-chae semasa kecil pernah dirakamkan. Ianya dapat dilihat menerusi entri yang dimuat naik oleh ibu kepada pelakon kanak-kanak yang membawa watak Kim Min-chae semasa kecil.
Katanya,
Sangat menyedihkan kerana babak menampilkan si kecil Min-chae ke tadika yang dirakamkan pada Ogos lalu telah dipotong. Jadi, saya memuat naik rekod rakaman itu. Walaupun pendek sahaja, saya sangat khusyuk menonton pelakon utama dalam drama kehidupan ini. Sangat bertuah kerana dapat bersama anda semua! Saya tak mahu ianya tamat namun saya mengucapkan selamat tinggal buat drama ini dengan air mata.
Dalam foto yang dimuat naik itu, dapat dilihat si kecil Kim Min-chae berpegangan dengan tangan seorang lelaki (ayahnya) sambil menunggu kedatangan bas tadika. Walaupun sudah dirakamkan, tidak pasti mengapa babak melibatkan suami Na Hee-do itu dipilih untuk tidak disiarkan buat umum.
Sayangnya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.