Ikuti Kami:

Ending Penuh Persoalan Dipertikai Penonton, Rating Episod Akhir ‘Twenty Five, Twenty One’ Tinggi

Ending Penuh Persoalan Dipertikai Penonton, Rating Episod Akhir ‘Twenty Five, Twenty One’ Tinggi

Adakah ramai yang masih belum dapat tidur lena selepas melihat ending “Twenty Five, Twenty One” kelmarin?

Sinopsis

Ianya membawa kisah dua orang yang pertama kali berjumpa semasa mereka 22 dan 18 dan memulakan cerita cinta mereka 4 tahun kemudian, pada usia 25 dan 21. Drama ini memaparkan cerita muda-mudi yang melalui pelbagai perkara seperti romantik, perkembangan dan persahabatan.

Ending terbuka

[Amaran SPOILER]

Selepas menjadi teka teki penonton, akhirnya Na Hee-do dan Baek Yi-jin tidak dapat melawan jurang percintaan dan memilih untuk berpisah dek keduanya yang lebih memberikan keutamaan kepada kepentingan masing-masing.

ending twenty five twenty one

Penonton kemudiannya dibawa melihat perasaan Na Hee-do berusia 40 tahun di mana dia bersyukur mengenali Baek Yi-jin dan mempelajari apakah ertinya cinta. Meskipun tidak bersama, namun mereka meluahkan rasa nostalgia kerana pernah menjadi individu penting dalam hidup masing-masing.

Persoalan tinggal sepi

Walaupun kesemuanya membawa haluan masing-masing dan berpuas hati dengan apa yang terjadi, namun ianya nyata tidak mampu melegakan hati penonton yang setia menonton “Twenty Five, Twenty One”.

Sering diberikan klu mengenai ayah Kim Min-chae iaitu suami Na Hee-do, namun sehingga ke sudah tiada sebarang pendedahan dibuat mengenai identiti lelaki itu. Sepertinya ramai yang kecewa melihat drama tersebut meninggalkan persoalan penting itu sekadar di imaginasi penonton sahaja.

ending twenty five twenty one

Malah ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah keadaan Baek Yi-jin sekarang memandangkan lelaki itu langsung tidak menunjukkan wajahnya selepas meningkat dewasa. Namun penonton hanya diberikan sedikit babaknya pada penghujung episod di mana hanya belakang badannya sahaja kelihatan.

Ditinggalkan dengan pelbagai persoalan yang tiada jawapan, rata-rata penonton mereka meluahkan rasa marah dengan konklusi “Twenty Five, Twenty One”,

Ini ialah ending paling teruk sekali.

 

Drama ini memujuk dan membuatkan saya gembira pada awalnya. Tapi sekarang saya tak faham mengapa saya mampu menontonnya sehingga tamat.

 

Kalau lah ending sedihnya ditulis dengan baik, reaksi penonton tak akan sebegini.

 

Anti-klimaks betul endingnya.

Walaupun menerima kritikan namun drama ini terbukti popular apabila episod akhirnya mencatatkan rating terbaik sepanjang tayangan iiatu 11.5%.

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...