Byun Woo-seok telah digelar sebagai pelakon yang pakar dalam melakonkan watak yang berakhir dengan kematian.
Pada tahun lalu, Byun Woo-seok telah membintangi drama “Strong Girl Nam-soon” dan filem “20th Century Girl”.
Meskipun kedua-duanya mendapat sambutan yang baik dari penonton, peminat mula menyedari bahawa hampir kesemua watak yang dilakonkan oleh pelakon itu akan berakhir dengan kematian.
Malah, dalam drama terbaru Byun Woo-seok iaitu “Lovely Runner”, watak yang dilakonkan oleh pelakon itu telah mengalami 3 kematian dan 1 koma, yang sekaligus telah membuatkan ramai penonton menangis.
Kini, berbaki lagi 2 episod, rata-rata penonton tidak dapat menjangka pengakhiran bagi watak Ryu Sun-jae (Byun Woo-seok).
Walaupun ramai yang berharap agar “Lovely Runner” berakhir dengan pengakhiran yang bahagia, segelintir juga takut jika watak yang dilakonkan oleh Byun Woo-seok akan sekali lagi berakhir dengan kematian.
Korang rasa ‘ending’ Byun Woo-seok kalini macam mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.