Netizen telah mendapati bahawa hubungan Byun Woo-seok dan Hye-ri adalah lebih rapat daripada yang dibayangkan.
Dalam hantaran sambutan hari jadi ahli GIRL’S DAY itu pada tahun lalu, Byun Woo-seok turut dilihat hadir ke majlis hari jadi tersebut.
Malah, netizen turut mengecam bayangan pelakon lelaki tersebut dalam salah satu gambar solo Hye-ri, sekaligus membuktikan bahawa Byun Woo-seok merupakan individu yang mengambil gambar tersebut.
Meskipun ramai yang cemburu dengan hubungan rapat diantara kedua-dua pelakon tersebut, segelintir mereka juga kagum dengan pengaruh rakan-rakan Hye-ri.
Komen netizen,
- Cemburunya saya..
- Kenapa saya baru perasan yang orang tu ialah Byun Woo-seok?
- Dia yang tangkapkan gambar Hye-ri? Romantiknya..
- Dorang dah macam pasangan bercinta!
- Hati saya berdebar lepas tengok semula gambar ni!
- Rakan-rakan Hye-ri sangat menakjubkan..
Nak juga kawan macam Byun Woo-seok..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.