Lama kan tak tengok Kim So-eun berlakon?

Terbaru, satu sidang media bagi filem “The Distributors” telah diadakan di CGV Yongsan I’Park Mall, di Yongsan-gu, Seoul. Turut hadir, pengarah Hong Seok-ku, pelakon Park Sung-hoon, Kim So-eun, Song Jin-woo, Park Joo-hee dan Lim Na-young. Menerusi filem ini, Kim So-eun memegang watak sebagai Im Sun-ae, tunang kepada Do Yoo-bin yang dilakonkan oleh Park Sung-hoon. Kim So-eun berkata,
Saya sebenarnya mengalami kesukaran kerana penggambaran dijalankan sewaktu musim panas. Nampaknya, pelakon Park Sung-hoon juga mengalami kesukaran.
Dia menambah,
Saya banyak membawa watak yang manis dan comel setakat ini, tapi watak kali ini agak berbeza kerana ini adalah kali pertama saya memainkan watak sebagai anak perempuan dari keluarga kaya. Saya banyak membuat kajian tentang penggayaan penampilan, solekan, postur dan aura ‘mewah’ untuk mencipta imej yang eksklusif.
Filem ini dikhabarkan bakal mula ditayangkan pada 23 November ini. Nantikan okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.