Utama Drama Korea ‘Can’t Be Bothered To Date But Don’t Want To Be Lonely’ Tayang...

‘Can’t Be Bothered To Date But Don’t Want To Be Lonely’ Tayang Ogos Ini, Gandingkan Ji Hyunwoo & Kim Soeun

can't be bothered to date but don't want to be lonely

Semakin banyak betul drama romantik yang ditayangkan dalam arena drama Korea sejak kebelakangan ini. Buat peminat setia genre sebegini, berita baik untuk anda kerana ada satu drama bertajuk “Can’t Be Bothered To Date, But Don’t Want To Be Lonely” bakal menemui penonton pada Ogos nanti.

Drama romantik ini mengandingkan Ji Hyun-woo dan Kim So-eun dan membawa kisah rakan serumah dalam usia 20-an dan 30-an yang tidak mahukan perhubungan yang serius serta mahu hidup bebas namun dalam masa yang sama tidak betah berasa kesepian.

can't be bothered to date but don't want to be lonely

Mesti ramai yang teruja kan? Dikhabarkan bahawa naskhah ini akan menemui penonton bermula 11 Ogos ini. Belum pun ditayangkan tetapi terbukti kepopularitiannya apabila drama ini sudah pun dibeli oleh Jepun dan juga tiga negara daripada Asia Tenggara.

Kesemua penonton nyatanya tidak sabar untuk menonton keserasian di antara Ji Hyun-woo dan Kim So-eun di dalam drama ini nanti. Pelakon lelaki itu bakal membawa watak Cha Kang-woo iaitu seorang pakar psikiatri tampan namun mempunyai personaliti yang unik. Kim So-eun pula diberikan tanggungjawab untuk melakonkan watak Lee Na-eun iaitu editor freelancer yang sudah pun 4 tahun tidak merasai manis bercinta.

Nantikan episod pertamanya di saluran MBC pada 11 Ogos nanti tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...