Ikuti Kami:

Watak Park Seojoon Dalam ‘Dream’ Buat Penonton Teringat Ko Dongman Dari ‘Fight For My Way’

Watak Park Seojoon Dalam ‘Dream’ Buat Penonton Teringat Ko Dongman Dari ‘Fight For My Way’

Seorang pelakon yang serba boleh, pasti ramai yang menantikan filem baru Park Seo-joon “Dream” bakal ditayangkan tak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “Dream” yang diterajui Park Seo-joon dan IU, membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.

Terbaru dalam video trailer yang dikongsi, penonton teruja lihat watak Park Seo-joon dalam filem tersebut iaitu sebagai Yoon Hong-dae, seorang pemain bola sepak profesional dalam percubaan tatatertib, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak yang teruk.

Khususnya watak Yoon Hong-dae itu mengingatkan penonton kepada peranan Park Seo-joon dari “Fight For My Way” iaitu Ko Dong-man, yang memaparkan personaliti ceria dan suka bergurau.

Bukan itu sahaja, ini juga merupakan salah satu projek Park Seo-joon yang bakal ditayangkan selepas sekian lamanya, meningkatkan jangkaan penonton untuk melihat lakonannya dalam filem “Dream” berkenaan.

Sementara itu, filem “Dream” bakal menemui penonton pada 26 April ini.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...