Ikuti Kami:

“Saya Kagum Lihat..” – IU Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Park Seojoon Dalam ‘Dream’

“Saya Kagum Lihat..” – IU Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Park Seojoon Dalam ‘Dream’

Setelah lama menanti, filem “Dream” diterajui Park Seo-joon dan IU akan menemui penonton tak lama lagi!

Bagi yang belum tahu, “Dream” yang diarahkan oleh Lee Byung-hun, membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.

Khususnya, ini adalah kerjasama pertama Park Seo-joon dan IU dalam sebuah naskhah, meningkatkan jangkaan penonton untuk melihat keserasian mereka berdua. Ketika sesi temu bual yang dilakukan, IU berkongsi pengalamannya bekerja dengan pelakon lelaki itu,

Saya merasakan penumpuan yang hebat dalam cara Park Seo-joon melakukan penggambaran sambil mengekalkan tenaga yang baik dari awal hingga akhir. Saya kagum dengan cara dia menerima apa-apa jenis arahan dari pengarah secara fleksibel dan segera.

Kemudian, pengarah Lee Byung-hun juga turut memuji Park Seo-joon dengan menyatakan,

Saya rasa filem itu sudah lengkap sebaik sahaja Park Seo-joon telah disahkan akan sertainya. Semasa bekerja bersama, saya merasakan dia seorang pelakon yang bijak dan hebat.

Sementara itu, “Dream” akan mula ditayangkan pada 26 April ini. Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...